Monday, December 23, 2013

mainan jiwa #3

"keadaan Fiya makin teruk, by any hows kite kena jugak tahan dia dekat wad"jelas doktor Laila kepada Lydia, aku hanya memerhati dengan harapan Lydia akan membangkang cadangan teman kerjanya itu, namun aku kecewa apabila respon yang diberikan oleh Lydia merupakan anggukan. aku menyentuh lembut bahu Lydia sebagai isyarat mahu berbicara dengannya sebentar. Lydia memandang doktor Laila sekilas sebelum aku lihat doktor Laila berlalu dari ruangannya itu.

"aku taknak masuk wad. Kalau aku admitted nanti kantoilah"
"no Fiya, this is for your own sake.dekat hospital ni senang sikit. alatan lengkap. kalau apa-apa jadi pun ok lagi cause we got a lot of staff. no objection. aku nak yang terbaik untuk kau.pleaseeeee kali ni je" ujar Lydia lembut tapi masih dalam ketegasan.ya aku tiada peluang untuk membantah kerana Lydia merupakan seorang yang sangat tegas apabila ianya berkaitan dengan nyawa.

aku mengeluh perlahan sambil memandang wad yang menempatkan aku.Bosan. itu sahaja yang aku rasakan didalam bilik besar ini sendirian. tiba-tiba pintu dikuak dari luar. kelihatan Lydia masuk tanpa memakai uniform kerjanya, sudah habis waktu bekerja gamaknya.

"bosan?" Lydia menyoal sambil ketawa
"gila tak bosan? kenapa kau kasi aku masuk ward 1st class. at least 3rd class, ada jugak member aku nak sembang"protes aku 
"haha banyaklah kau. eh aku nak balik ni, nak ambik barang kau, kau nak kirim apa-apa ke?"
"aku nak balik" pinta aku dengan wajah sedih
"hahah no way man" Lydia menjelir lidah

Lydia menyeka air mata yang bertakung di tubir mata sebaik sahaja dia keluar dari wad anggerik tersebut. Hiba hatinya melihat wahah pucat tidak berdarah Safiya. kata kata Laila segar di ingatannya 'kita kena sedia dengan segala kemungkinan sebab tumor tu dah merebak ke seluruh sistem badan dia. dia tak banyak masa.........' luluh hatinya tatkala ayat itu meniti dibibir sahabatnya tadi.

Selesai menunaikan solat maghrib, telifon bimbit Lydia berdering, Lydia terus bangun menuju ke katil untuk mengambil telifon yang diletakkan diatas katil.

"Doktor , Doktor Laila suruh datang hospital sekarang, cik Safiya kritikal, Doktor Laila pesan suruh bawa ahli keluarga cik Safiya sekali." berkecai hati Lydia tatkala menjawab panggilan telifon tersebut, dia bingkas menuju ke ruang makan kerana seluruh ahli keluarganya pasti sudah bersedia untuk menjamu selera.

"ni dah kenapa bertelekung sampai bawah ni dik?" soal alang pelik, Lydia menelan liur, bagaimana dia harus khabarkan berita ini? apakah penerimaan mama, abah serta abang-abangnya? ahhh gasaklah

"emm ma, abah, kita kena pergi hospital sekarang?"
"hospital? buat apa? kak Hani bukannya dah nak bersalin" ujar angah sambil memandang isterinya yang mengandung lima bulan itu.
"emm bukan macam tu" Lydia mula menggigit bibir bawahnya tanda kalut
"kenapa ni dik?" soal mama seraya mengusap bahu Lydia lembut
"Fiya... she's critical" ujar aku sependek yang boleh
"Fiya kan pergi Scotland, kursuskan?"soal alang pelik
"no, no. she's not. errr please kita semua kena jugak pergi hospital sekarang.pleaseeee.. she's dying right now" jelas Lydia sambil menahan sebak, dapat dilihat air muka ahli keluarganya yang berubah riak tatkala hal itu disampaikan............

No comments:

Post a Comment