Monday, December 1, 2014

terkadang

petang tadi sambil aku berenang fikiranku bercelaru memikirkan adakah tindakan aku selama ini betul ? aku dah reject ramai sangat orang yg try attach aku sebelum ni .ya semua sebab rasa kasih aku dekat engkau . bukan aku minta perasaan ni . aku terlalu cinta dan kasihkan kau . kawan aku semua kata aku bodoh sebab reject those guys yang bukan sembarangan . but what can i do ? its to deep. tapi engkau tetap tak sedar kehadiran aku . aku beralasan kononnya nak sambung belajar lagi lagi dan lagi dan tiada masa untuk fikirkan tentang cinta . tapi hakikatnya, semua kerana aku terlalu setia kepada engkau yang entah dimana .

sejak dari itu aku mengambil keputusan untuk membawa diri............... dan melupakan perasaan cinta ni . aku lelah , aku penat , aku jemu .....

sudahlah......

'cucu bos ibu kata dia nak berkawan dengan adik . adik nak tak? ' kata mama berkias sebaik sahaja aku melentokkan kepala di bahunya .
aku mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana faham maksud 'berkawan' yang cuba ibu sampaikan . sudahlah , aku tidak berminat lagi untuk berfikir tentang pasangan hidup. tambahan pula usiaku masih muda . biarlah aku fokus dengan pelajaranku dahulu . aku penat dengan cinta.

'adik, ibu tanya ni' tanya ibu sekali lagi sambil memandang lembut ke arah aku,
'cucu dato' hashim tu ke bu?'celah kakak tiba-tiba
ibunya hanya mengiakan manakala aku masih diam sambil menjongketkan bahu .

ibu terus menyambung pekerjaannya sebentar tadi setelah melihat aku tidak memberikan respon terhadap soalannya .

..............................