yang paling sedih bila aku tak sangka aku lebih menyedihkan daripada watak watak di dalam novel yang selama ini aku selami . tak sangka pula masih ada lagi nenek yang menjodohkan cucunya dengan cucu sahabatnya hanya untuk mengekalkan persahabatan mereka . dan lagi tidak sangka, aku merupakan cucu kepada salah seorang nenek tersebut .
tersentak aku tatkala nenek memperkenalkan aku dengan sahabatnya lalu menyatakan bahawa aku sudah ditunangkan dengan cucunya sejak aku berusia dua bulan lagi . perkara itu memberi tamparan yang cukup hebat kepada aku yang masih setahun jagung . sekolah pun msih belum habis , sudah dikabarkan dengan hal sedemikian .
aku hanya tersenyum hambar lantas berlalu pergi dengan alasan mahu mengulangkaji pelajaran .
sepulangnya sahabat nenek dari rumah , nenek masuk ke kamarku , ya aku tinggal bersama dengan nenekku sejak aku berusia 13 tahun kerana ibu dan papaku keluar negara ,kerana papa bekerja di kedutaan manakala ibu menyambung pelajaran ke peringkat doktor falsafah , aku yang mengambil keputusan untuk tinggal sahaja di Malaysia kerana lebih selesa dengan kehidupan timur berbanding kakak dan abangku yang memilih untuk menyambung pengajian mereka di luar negara bersama ibu dan papa.
nenek membelai lembut rambutku yang sengaja aku lepaskan . nenek bertanya adakah aku ambil hati dengan pertunangan yang dirancang itu ? aku hanya tersenyum dan menggeleng lemah . memang sikapku begitu , seorang yang suka menurut apa sahaja yang ditentukan oleh orang lain hanya kerana takut untuk menghampakan mereka terutama sekali nenek yang sering memanjakan aku . kata nenek , datuk juga menyokong pertunangan itu kerana ' tunangan' ku itu bagus orangnya . bagus yang macam mana , aku tidak ambil peduli kerana aku tidak pernah ambil peduli dengan pertunangan itu meskipun ia mengisahkan masa depan ku .
aku hanya termenung kosong tatkala nenek memceritakan kehebatan 'tunangan' ku itu. dalam otakku hanya berputar , aku tidak peduli sebagus mana atau sehebat mana pun dia kerana hatiku bukan untuknya , hatiku milik seseorang yang tidak boleh aku gelar milikku .