Wednesday, December 25, 2013

bukan yang kau fikirkan

Assalamualaikum..
belakangan ini rajin sungguh jemari ku menaip di atas papan kekunci ini.  aku sendiri tidak pasti apa sebabnya. mungkin kerana tiada tempat untuk aku meluahkan isi hati jadi aku mengambil keputusan untuk melepaskan segalanya di sini.

ingin aku bertanya, pernahkah kalian merasa terlalu bahagia menikmati kehidupan kalian sehingga tidak pernah terfikir akan menangis? jika ditanya kepada aku , jawapan aku 'ya , aku pernah' saat itu aku terlalu asyik dengan dunia aku, tidak pernah aku bayangkan pengkhianatan yang akan aku terima daripada insan-insan yang aku percayai. sehingga satu ketika dimana ianya terjadi. aku menangis. ya aku menangis. mengapa ? kerana aku ini insan biasa. aku menangis bila disakiti. hati aku bisa tersentuh dengan bicara manis. seperti kalian yang lain.

meski bibir laju menuturkan kata 'aku baik baik sahaja' tapi jiwa aku ? tiada siapa yang tahu. aku tidak ingin berkongsi kisah sedih hidupku kerana apa ? kerana aku tidak mahu belas kasihan daripada kalian. biarlah , biarlah aku tanggung sendiri. oleh itu aku nekad untuk menyembunyikan diriku disebalik nama mel di blog ini. kerana aku tidak mahu kalian tahu siapa aku. aku boleh jadi sesiapa sahaja. mungkin seseorang yang kalian tidak pernah kenal dan mungkin juga seseorang yang selalu berada di samping kalian. jangan kalian sibuk fikirkan siapa aku kerana di alam maya ini , aku , kau , dan sesiapa saja boleh jadi apa sahaja yang diinginkan. segala karaktor boleh dicipta. jadi adalah lebih baik jika kalian berhati-hati. ingin aku tegaskan juga, gambar-gambar yang ada di blog ini, tidak semestinya milik aku. mungkin sahaja ia milik kenalan ku yang aku gunakan dengan izin. namun kemungkinan ianya milikku juga ada. 

sekiranya kalian membaca hasil taipan aku , anggap sahaja ia sebagai halwa mata. dan jangan sekali kali kalian mengambilnya serius. bacalah dengan minda yang telah engkau tetapkan 'ini hanya dongengan seorang gadis misteri' aku misteri ? haha mungkin juga kerana secara jujurnya aku sendiri masih buntu dengan diriku. aku mengaku aku tidak kenal dengan diriku sendiri. aku masih merangkak mencari dan membina karaktor diriku yang sebenar-benarnya.

sampai disini sahaja coretan ku kali ini, semoga kalian sentiasa di dalam lindungan-NYA.
barakallah feek

No comments:

Post a Comment