Wednesday, April 23, 2014

rawak

assalamualaikum dan salam sejahtera .

sekian lama tidak ku jengah blog ini. maaf ku pinta. bukan maksud mahupun niatku. semuanya bersebab. aku sibuk dengan tanggungjawab ku, tanggungjawab sebagai seorang pelajar, pemimpin , penuntut dan bermacam tanggungjawab yang berada di pundakku .

senja ini, perasaan ingin meluahkan telah mengetuk segenap ruang hatiku setelah hampir dua bulan aku memendam segalanya... aku gembira, aku bahagia, aku kecewa , aku terluka , aku berduka. aku lelah... yaaa aku lelah.....

segala rasa itu semua telah dihadiah , dilemparkan dan dihidangkan untukku oleh insan yang bergelar sahabat :) terima kasih ya Allah kerana kau kurniakan aku sahabat yang sudi memberikan sejuta rasa kepadaku, ya maafkan aku jika ayatku agak berterabur. 

sebelum aku menyambung perjalananku yang kian mencabar , sebelum waktuku yang tidak seberapa ini habis, izinkan aku untuk berterima kasih kepada kalian :) insan yang ku gelar sahabat.. namun maafkan aku kerana tidak dapat mengemukakan nama antara kalian.. jika kau persoalkan mengapa . jawapanku cukup simplistik . karna aku tak mahu kalian menangis.

pertamanya, terima kasihku kepada kalian kerana sanggup berada di kiri kanan depan dan belakang ku , memberi sokongan, dorongan dah galakan kepadaku tika virus durjana ini merebak ke sekitar organku.. kala aku sakit, jenuh aku larang kalian daripada memberitahu mama atau ayah berkenaan kesihatanku yang makin meruncing bak kata kalian. ya , agak sukar untuk kalian sembunyikan namun , kalian adalah sahabat yang baik , yang hormat akan permintaanku lalu merahsiakan semuanya daripada diketahui oleh lebih ramai insan, terima kasih , terima kasih , terima kasih.

sahabat, sungguh aku pernah tersakiti dengan bicaramu, dan aku yakin kau juga pernah merasakan hal yang sama. aku tahu mulutku agak lancang .. aku tahu aku tahu.,. maafkan , ampunkan . aku sedar akan khilafkan . kau sahabat terbaik sepanjang hayatku , kau tahu serba serbi tentang sakitku , dan kau tak pernah jemu memberi aku kata kata peransang untuk terus melawan ,, kau yang sanggup menemaniku saban waktu ke hospital, yang selalu berjaga malam semata-mata ingin memastikan keadaan ku.. 

sahabat, maafkan aku jika aku terpaksa tinggalkan kau dalam masa terdekat ini, kau sedia maklum dengan apa yang diperkatakan oleh 'insan' itu , kau tahu . kau tahu , kau tahu. kau harus kuat.. kau harus biasakan diri hidup tanpa aku , kuatkan dirimu, tabahkan hatimu , tetapkan egomu , jangan kau tumpahkan air mata berhargamu pada hari dimana aku pergi , pergi tinggalkan setiap inci isi bumi. 

sahabat , teringat dikala kau angankan kehidupan sebagai dewasa dilalui bersama, maaf , maaf, maaf kerana mungkin aku tidak mampu memenuhi janjiku untuk menempa kejayaan bersama. masaku kian suntuk . untuk menghabiskan pengajian ini bersama pun aku tidak pasti adakah aku sempat.

kau pernah katakan 'aku rindu engkau yang dulu, yang ceria, yang hyper, yang menjadi penyeri hidup insan lain'
sahabat, sesungguhnya aku lebih rindukan aku yang dulu , namun apa dayaku , aku tidak mampu menipu hatiku ,, menipu kononnya, aku bahagia ceria dan gembira ,, aku tidak mampu kerana mentalku sakit, sakit , ya sakit,, teramat sakit. namun , demi dirimu yang bernama sahabat, yang selalu membahgiakan sisa sisa hariku, ku kuatkan jua hati, ku ukir jua senyuman bahgia, 

sahabat, banyak lagi yang ingin ku coretkan , namun ada halangan :) dikesempatan yang lain , akan ku coretkan lebih .. namun aku tidak berjanji kerna aku takut masaku tamat tanpa sempat aku coretkan isi seterusnya :)

terima kasih , sayang

xx

you see that girl ?
she looks so happy, right ? telling jokes, smiling, having a great time and....... dying inside.\
she's hurt. and tired. tired of all the drama, tired of not being good enough, tired of life. but she doesn't want to look dramatic, weak and attention seeking. so she keeps it all inside. act like everything's perfect but cries at night. so everybody thinks taht she's the happiest person they know. taht she has no problems and her life is perfect. if only they knew the truth

and i'm



BROKEN

kau fikir ?

kau ingat seronok ke jadi aku ? kau ingat seronok ke terima kenyataan ? aku ingat seronok ke bila semua orang asyik risaukan kesihatan kau ? kau ingat seronok ke bila fikir setiap apa yang kau buat tu mungkin perkara terakhir yang kau akan buat ? kau ingat seronok ke bila terasa nak bagitau 'dia' pasal diri kau , pasal sakit kau tapi kau tak mampu sebab kalau kau bagitau, kau takut untuk terima kemungkinan penerimaan dia? kau ingat seronok ke bila dia seakan-akan dapat tau tentang penyakit kau ? kau ingat seronok ke bila dia mendesak nak tau , kau hanya mampu bagitau penyakit kau yg minor and not the major one ? kau ingat seronok ke bila bergelak ketawa , tiba-tiba penyakit kau datang ? kau ingat seronok ? seronok ? 

Ya Allah T_T

mungkin kau rasa beruntung jadi aku, semua orang care , semua orang sayang , semua orang manjakan . apa aku nak, aku dapat, aku aku inginkan ditunai , apa aku idamkan , dipenuhi .. itu kau rasa .. engkau ,, bukan aku .. perih jerih sakit pedih semua tu tak setara dengan apa yang dilimpahkan.... tak sama.... serious tak sama ,,

di mana kepuasan jika setiap apa keseronokkan , kemewahan dilimpahkan , otak kau akan berputar tentang kata-kata doktor , 'masa awak tak banyak' 'nyawa awak tak panjang' 'kami tunggu keajaiban' 'teruskan berdoa'.. fikirlahhh ,, semua keindahan kemewah keseronokkan takkan bernilai dah ,, takkan .. sikit pun tak .. yang kau tahu ,, you're dying 

kau cuba gembirakan orang sekeliling kau , kau cuba lakarkan senyuman dekat wajah kesayangan kau , kau coretkan kenangan indah dalam sanubari diorang ,, pada waktu siang ...

tapi bila malam , kau merintih , kau menangis ,, kau cuba lawan sakit kau yang memang takda harapan nak sembuh dah .. buang masa...

bukan aku persoalkan takdir , cuma kadang kala , aku sebagai manusia , terasa hmmmm ..

jika aku kata aku akan pergi

jika aku kata aku akan pergi.. jika aku kata , akan ku tinggalkan mu , tinggalkan memori kita :) bagaimana agaknya reaksimu ? apakah persoalan yang akan berlegar di benakmu ? adakah kau hirau ? adakah kau peduli ? 'one day you will love me but i wont be there anymore' 

seandainya hal itu berlaku , maafkan aku, bukan pintaku bukan inginku. aku juga ingin hidup bahagia, ingin hidup lebih panjang bersama semua namun jika suratan ku begini , ampunkan, maafkan .. aku juga pingin melalui usia yang lebih panjangg .. ya Rabb T_T 

simpan segala kenangan kita, simpan dalam hatimu , simpan dalam benakmu , andai kau rindu pejamkan matamu, bayangkan kenangan kita ,, doakan kesejanteraan ku . 

jangka hayatku kini hanya bergantung pada detik-detik jam . masa tidak menungguku. Ya Allah takutnya rasa hati. andai sekarang masaku, andai sesaat lagi masaku, andai seminit lagi masaku, andai sejam lagi masaku, andai sehari lagi masaku, tidak kiralah berapa lamapun , sampaikanlah salam sayang dan rindu serta cintaku kepada semua yang pernah mengenali diriku. 

cukup sampai disini ,,, hatiku tidak seteguh mana :)