Wednesday, September 10, 2014

separuh aku

Sekian lama aku tidak meng-update blog ini, bukan apa , aku ini seorang yang sibuk. Tambahan pula , aku tidak membawa laptop bersama kali ini, jadi untuk meminjam laptop org semata mata untuk update blg , macam serabut pula . Untuk update menggunakan tab macam leceh pula , tapi sedar tak sedar, kini aku sedang mengupdatenya menggunakan tab dan tak leceh pun sebenarnya .

Ouh dan pada yang risaukan kesihatan aku, gigih kalian wasep wechat dm call segala bagai semua semata mata untuk mengetahui perkembangan kesihatan ku . Alhamdulillah , keajaiban yang diharapkan telah mengetuk pintu takdirku . Rasa syukur itu hanya Pencipta yang tahu . Jadi di sini , aku pun memutuskan untuk berkongsi tentang pemerhatian aku berkenaan hal kesihatan ku ini ...

Baik, selain drpd rezeki Allah, apa rasa 'virus' ini berjaya dibuang dan berkurang adalah kerana , aku tidak memanjakan diri . Jika dilihat zaman kini, apabilaa disahkan sakit , pasti harapan akan hancur dan sebagainya, lalu mengambil keputusan untuk berputus asa dan menunggu sahaja saat malaikat maut mengambil nyawa . Sebenarnya , hal itu membuatkan tubuh anda lebih lemah sekalihus memberi ruang kepada virus untuk terus berjimba . Jadi , jika sakit, lakukan pergerakan sebanyak yang boleh , bila kita bergerak seluruh anggota tubuh , luar dan dalam akan lebih aktif untuk menolak benda asing . Benda asing ini merujuk kepada virus . Ada erti ?

Baik itu sahaja tips simple daripada aku yang serba serbi kekurangan ini . Aku berharap kalian aku terus mendoakan kesihatan ku walaupun aku sudah 'sembuh' kot . Tetapi siapa tahu andai kata virus itu rindukan aku lalu menjengah , atau mungkin sahabat sahabat virus itu mahu membalas dendam . Ok , mungkin aku sahaja yang faham apa yang aku sampai kan . Emm adios