Monday, December 23, 2013

mainan jiwa #1

'kau sakit ke safiya, muka tu pucat sangat' 
soalan aqila pada petang tadi terus berlegar-legar dibenakku , bukan aku tidak ingin berterus terang dan bukan niatku untuk terus menipu insan disekelilingku tetapi entahlah aku sendiri tidak kuat untuk menerima kenyataan keadaan kesihatanku , bagaimana pula dengan insan yang lain ?, aku tak ingin meraka berasa sedih dengan apa yang menimpa diriku ini, aku lebih rela menanggung semua ini sendiri walaupun perit untuk melawan penyakit ini tanpa dorongan dan sokongan daripada orang lain, biarlah, lagipun aku memang sering sendirian dalam apa jua yang aku lakukan. aku nekad akan terus tersenyum di akhir sisa hariku ini agar mereka semua akan terus ingat wajahku yang tersenyum bila aku pergi nanti. sungguh aku tak ingin mereka mengingati wajah sugulku. wajah lemahku. biarlah walaupun senyumanku itu palsu belaka. tidak mengapa yang penting mereka gembira

teringat kata doktor shaza di hospital beberapa hari yang lepas, katanya penyakitku sudah sampai ke tahap seterusnya .emm tentunya tahap terakhir, ya aku hampir mengalirkan airmata ketika itu namun aku berjaya menahanya. terima kasih ego. pulang daripada klinik , aku singgah ke kedai bunga yang berhampiran dengan klinik kak shaza, bertanyakan tentang bunga kegemaranku kepada aunty liza, namun hampa kerana bunga tersebut kehabisan stok. semasa aku ingin berlalu, tiba-tiba aunty liza memanggilku, aku berpaling dan tersenyum sambil bertanya mengapa. lantas dia menghulurkan lima kuntum bunga tulip putih kepadaku.

'maaflah safiya, aunty tak perasan ada lagi. tapi ada lima kuntum ni je, aunty belanja Safiya jela eh' 

aku tersenyum bahagia. usai mengucapkan terima kasih aku kembali ke rumah.sesampainya dirumah aku melulu terus ke bilik. sebaik sahaja kepala ku mendarat di atas bantal kepalaku terus berdenyut-denyut. sakitnya tuhan sahaja yang tahu. aku cuba melawan seperti selalu, namun kesakitannya makin bertambah. airmata kesakitan yang mengalir lansung tak kuhiraukan, tangan terus mencapai ubat didalam laci berdekatan namun tidak berjaya kerana laci tersebut berkunci, kuncinya pula berada di dalam tas tanganku. aku tidak mampu untuk mencapai tas tangan yang berada di atas almari solek. kesakitan makin terasa, namun apa dayaku, aku hanya mampu memejamkan mata dan berharap agar kesakitan ini berkurang.

No comments:

Post a Comment