Monday, December 23, 2013

mainan jiwa #2

aku baru sahaja pulang dari kampung. aku ke kampung bersama keluarga untuk menyelesaikan urusan kenduri tahlil arwah atuk dan nenekku, sesampainya di kampung kak alia dan kak maira mengajak aku menziarahi pusara atok dan nenek. aku lantas mengangguk.

kenduri tahlil berjalan dengan baik, usai kenduri, kami sekeluarga berkumpul di ruang tamu utama seperti biasa, kecoh rumah peninggalan arwah atok itu dengan suara kami sekeluarga, pada ketika itu aku tersenyum melihat keletah adik adik saudaraku serta setiap anggota keluargaku, tersenyum? yaa aku tersenyum, Ya Allah. setelah sekian lama aku tidak tersenyum bahagia, alhamdulillah hari ini aku mampu tersenyum dari hati kerana sejak aku tahu tentang penyakit yang aku hidapi, tidak pernah sekalipun aku senyum dari hati kerana selama tempoh itu aku tersenyum hanya untuk mengaburi mata insan disekelilingku sahaja. air mata yang bertakung di tubir mata pantas aku seka, lalu aku tersenyum lebar kerana aku tahu air mata yang bertakung tadi merupakan air mata bahagia. Alhamdulillah ya Allah.

sedang aku asyik memerhati wajah insan kesayanganku, aku digamit oleh Lydia,saudara kembarku. aku bingkas bangun dan mengekori langkahnya menuju kearah buaian di laman rumah.

"what is this fiya" aju Lydia sambil menunjukkan ubatanku
"eh,mana kau jumpa ni" jawab aku sambil cuba merampas ubat tersebut
"kau sakit ke Fiya?" soal Lydia sendu

aku berasa serba salah melihat air mata yang jatuh dari kelopak mata milik adikku lantas jemariku menghapus air mata yang berlumba lumba mencemari wajah mulus adik kembarku.

"aku mintak maaf,bukan aku taknak bagitau"aku menundukkan wajah kerana hatiku disapa perasaan sebak, adakah ini masanya untuk aku berterus terang?

"Fiya its cancer isnt?" soal Lydia sambil memandang tepat kedalam anak mataku, aku melarikan pandangan
"yes doc" jawab aku pura pura ceria
"based on this ubat semua, final stage right?" air mata yang mengalir di wajah mulus Lydia semakin lebat

aku hanya mengangguk lemah. tiada guna lagi untuk aku berdalih tentang kesihatanku bila berhadapan dengan Lydia kerana dia seorang doktor.

"Fiya, why dont you tell me about this, apa guna aku ambik medic kalau kembar aku sendiri sakit aku tak boleh nak buat apa-apa? why fiya? why?" soal Lydia sambil meraup wajahnya. aku hilang punca. apa yang harus aku jelaskan? pasti Lydia terasa hati denganku, pasti dia berasa tidak berguna sekarang kerana dia mampu merawat insan lain tetapi gagal merawat saudara sendiri dan pastinya susah untuk dia terima kenyataan untuk kehilanganku dalam masa terdekat ini.

tanganku spontan mengusap perlahan ubun-ubun Lydia, memang sejak kecil lagi aku akan mengusap ubun-ubun Lydia jika dia sedih dan menangis.Lydia melentokkan kepalanya di bahu kiriku sambil menangis teresak,

"Lydia, i'm so sorry ok? bukan niat aku nak ketepikan kau, ketepikan mama dengan abah, ketepikan along,angah and alang. sumpah tak terniat pun. tapi kau tahu akukan dik ? aku taknak orang lain sedih bila dapat tahu hal ni, contoh terbaik kaulah . cengeng. lagipun aku ok lah. dah berapa lama aku fight benda ni sorang sorang, aku hebad kan? kau jangan rasa bersalah sebab ni. kau tak bersalah, kau memang seorang doktor yang baik, jangan sebab kau tak dapat rawat aku, kau rasa kau gagal. no dik, ini memang jalan hidup aku, kalau aku boleh terima kenapa kau tak boleh? dik, aku tau, kau kuat, kau tabah. right ? tolong jangan bagitau diaorang semua pasal ni.... i'm begging you." aku cuba memujuk sambil tanganku ligat mengusap ubun ubunnya.

Lydia terus teresak dibahuku, tiada tanda dia akan memberhentikan tangisannya, aku masih setia mengusap ubun-ubunnya.

'nangislah dik,nangis,...... luahkan segala yang terpendam dalam hati kau, aku izinkan kau menangis, sebab aku tau lepas ni kau takkan menangis atas sebab yang sama dah kan sayang? kau kuat. kadang kadang aku pun cemburu dengan ketabahan kau  Qaseh Erl-DeLydia Delishaa.' bisik hati kecilku 

No comments:

Post a Comment