Monday, December 1, 2014

sudahlah......

'cucu bos ibu kata dia nak berkawan dengan adik . adik nak tak? ' kata mama berkias sebaik sahaja aku melentokkan kepala di bahunya .
aku mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana faham maksud 'berkawan' yang cuba ibu sampaikan . sudahlah , aku tidak berminat lagi untuk berfikir tentang pasangan hidup. tambahan pula usiaku masih muda . biarlah aku fokus dengan pelajaranku dahulu . aku penat dengan cinta.

'adik, ibu tanya ni' tanya ibu sekali lagi sambil memandang lembut ke arah aku,
'cucu dato' hashim tu ke bu?'celah kakak tiba-tiba
ibunya hanya mengiakan manakala aku masih diam sambil menjongketkan bahu .

ibu terus menyambung pekerjaannya sebentar tadi setelah melihat aku tidak memberikan respon terhadap soalannya .

..............................


No comments:

Post a Comment