assalamualaikum dan salam sejahtera .
sekian lama tidak ku jengah blog ini. maaf ku pinta. bukan maksud mahupun niatku. semuanya bersebab. aku sibuk dengan tanggungjawab ku, tanggungjawab sebagai seorang pelajar, pemimpin , penuntut dan bermacam tanggungjawab yang berada di pundakku .
senja ini, perasaan ingin meluahkan telah mengetuk segenap ruang hatiku setelah hampir dua bulan aku memendam segalanya... aku gembira, aku bahagia, aku kecewa , aku terluka , aku berduka. aku lelah... yaaa aku lelah.....
segala rasa itu semua telah dihadiah , dilemparkan dan dihidangkan untukku oleh insan yang bergelar sahabat :) terima kasih ya Allah kerana kau kurniakan aku sahabat yang sudi memberikan sejuta rasa kepadaku, ya maafkan aku jika ayatku agak berterabur.
sebelum aku menyambung perjalananku yang kian mencabar , sebelum waktuku yang tidak seberapa ini habis, izinkan aku untuk berterima kasih kepada kalian :) insan yang ku gelar sahabat.. namun maafkan aku kerana tidak dapat mengemukakan nama antara kalian.. jika kau persoalkan mengapa . jawapanku cukup simplistik . karna aku tak mahu kalian menangis.
pertamanya, terima kasihku kepada kalian kerana sanggup berada di kiri kanan depan dan belakang ku , memberi sokongan, dorongan dah galakan kepadaku tika virus durjana ini merebak ke sekitar organku.. kala aku sakit, jenuh aku larang kalian daripada memberitahu mama atau ayah berkenaan kesihatanku yang makin meruncing bak kata kalian. ya , agak sukar untuk kalian sembunyikan namun , kalian adalah sahabat yang baik , yang hormat akan permintaanku lalu merahsiakan semuanya daripada diketahui oleh lebih ramai insan, terima kasih , terima kasih , terima kasih.
sahabat, sungguh aku pernah tersakiti dengan bicaramu, dan aku yakin kau juga pernah merasakan hal yang sama. aku tahu mulutku agak lancang .. aku tahu aku tahu.,. maafkan , ampunkan . aku sedar akan khilafkan . kau sahabat terbaik sepanjang hayatku , kau tahu serba serbi tentang sakitku , dan kau tak pernah jemu memberi aku kata kata peransang untuk terus melawan ,, kau yang sanggup menemaniku saban waktu ke hospital, yang selalu berjaga malam semata-mata ingin memastikan keadaan ku..
sahabat, maafkan aku jika aku terpaksa tinggalkan kau dalam masa terdekat ini, kau sedia maklum dengan apa yang diperkatakan oleh 'insan' itu , kau tahu . kau tahu , kau tahu. kau harus kuat.. kau harus biasakan diri hidup tanpa aku , kuatkan dirimu, tabahkan hatimu , tetapkan egomu , jangan kau tumpahkan air mata berhargamu pada hari dimana aku pergi , pergi tinggalkan setiap inci isi bumi.
sahabat , teringat dikala kau angankan kehidupan sebagai dewasa dilalui bersama, maaf , maaf, maaf kerana mungkin aku tidak mampu memenuhi janjiku untuk menempa kejayaan bersama. masaku kian suntuk . untuk menghabiskan pengajian ini bersama pun aku tidak pasti adakah aku sempat.
kau pernah katakan 'aku rindu engkau yang dulu, yang ceria, yang hyper, yang menjadi penyeri hidup insan lain'
sahabat, sesungguhnya aku lebih rindukan aku yang dulu , namun apa dayaku , aku tidak mampu menipu hatiku ,, menipu kononnya, aku bahagia ceria dan gembira ,, aku tidak mampu kerana mentalku sakit, sakit , ya sakit,, teramat sakit. namun , demi dirimu yang bernama sahabat, yang selalu membahgiakan sisa sisa hariku, ku kuatkan jua hati, ku ukir jua senyuman bahgia,
sahabat, banyak lagi yang ingin ku coretkan , namun ada halangan :) dikesempatan yang lain , akan ku coretkan lebih .. namun aku tidak berjanji kerna aku takut masaku tamat tanpa sempat aku coretkan isi seterusnya :)
terima kasih , sayang
No comments:
Post a Comment